Pusat Sumber Sekolah Menengah Jelapang Jaya telah mula beroperasi dengan rasminya pada 1 Jun 2001 dan pada ketika itu hanya beroperasi sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran semasa waktu sekolah. Pada ketika itu perkhidmatan pinjaman dan rujukan belum dapat ditawarkan kerana koleksi bahan masih dalam peringkat pemprosesan. Perkhidamatan pinjaman sepenuhnya mula dibuka pada awl tahun 2002 kepada para pelajar dan guru-guru. Walaupun baru setahun jagung, pusat sumber sekolah ini telah berupaya memberikan perkhidmatan yang sewajarnya kepada warga SMKJJ dan adalah menjadi harapan pihak sekolah agar institut ini menjadi satu wadah penting bagi merealisasikan visi dan misi sekolah.

       Penyelaras Pusat Sumber yang pertama ialah Hajah Anisa Abd Malik,iaitu dari tahun 2002 hingga 2006. Tahun 2007 dijawat oleh Pn Misah Sulaiman.Kemudiaan tahun 2008 pula ialah Puan Asmariah Harun. Menjelang tahun 2009 hingga hari ini, jawatan GPM telah diamanahkan kepada Puan Hajah Zaharah Bt Haji Osman.                                                                              
 PENCAPAIAN PSS CEMERLANG                         TAHUN 2013

Tarikh

Allah Maha Besar

Dikuasakan oleh Blogger.

Jumlah Pelawat

Masa

Catatan Popular

Video

Followers